Tawaduk.

250- Siapa yg merasa dirinya bertawaduk, maka bererti benar-benar sombong, sebab tidak mungkin ia merasa tawaduk kecuali kalau ia merasa besar/tinggi, kerana itu bila engkau menetapkan bahawa dirimu itu besar/tinggi, maka benar-benar engkau telah sombong(mutakabbir). Maka apabila engkau menetapkan dirimu bertawaduk(merendah diri) yakni padahal engkau itu seorang besar dan tinggi, maka itu bererti engkau benar-benar telah sombong(mutakabbir).

Seorang yg merasa bertawaduk/merendah diri itu disebabkan ia merasa besar tinggi, hanya saja ia merendah dan perasaan besar/tinggi diri itulah hakikat kesombongan, dan itu pula erti takabbur yg dikatakan oleh Nabi S.A.W. :Sombong itu ialah menolak kebenaran dan menghina orang lain. Menghina orang lain disebabkan merasa diri besar dan tinggi, mulia.

Hakikat tawaduk itu ialah engkau merasakan tiada apa-apapun yg dapat mendekatkan dirimu kepada Allah melainkan kehinaan dan kefakiran dan engkau hanya bergantung kepada rahmat dan kurniaan Allah semata- mata.

_AL-HIKAM

﷽۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ﷺ

Sedekah.

*JOM REBUT PELUANG BERSEDEKAH DI JUMAAT TERAKHIR 2023*
🛻💨💨💨💨💨💨
https://toyyibpay.com/RENOVATION-BANGUNAN-BARU
_*Tiada caj transaksi rm1_

Sumbangan akan digunakan untuk menampung kos Renovation premis baru, pembelian kelengkapan pembelajaran anak2 PASTI & lain2 keperluan bagi menambahbaik *keceriaan, kebersihan dan keselamatan PASTI.*

Seluruh warga PASTI ASSOBIRIN mengucapkan terima kasih atas sumbangan anda dan mendoakan anda semua diluaskan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. ✨🤲